Sunday, January 23, 2011

Bukan untuk kita, tapi ambillah sebagai peringatan (",)

Assalamualaikum wbt.

Dunia dah maju.
Di hujung jari pun kita dah boleh dapat macam-macam maklumat dan info.
Apatah lagi dengan wujudnya berbagai laman sosial.
Tak kurang juga yang melampiaskan rasa di alam maya.
Contohnya macam sahabat kita ni .. 
 ~ wak luu , HIPOKRIT nak matii -,- pakai stongan , exco asrama lar , in fact ; ada BF . euww . baek tiru macam aku , tak perlu lahh hipokrit . lipat tudung serabaii je , tak payah pakai stongan , and so on lahh . aku jugakk tak penah kapel . HoH :O ~
Jelas sekali beliau tidak berpuas hati dengan seseorang yang layak dihormati, dengan gelaran hipokrit yang diberikan, semata-mata kerana exco ASRAMA itu bersarung lengan, tetapi mempunyai teman lelaki dan bercouple.
Ditegaskan, Kak Yam bukan mahu menangguk di air keruh. Cuma Kak Yam mahu ahli jemaah kita tidak terlibat dalam gejala seperti ini. Uniform antunna berbeza dengan yang lain, maka segala tindak-tanduk antunna menjadi perhatian. Orang jarang puji benda baik yang kita buat, sebab mereka rasa memang kita patut buat baik. Tapi bila perkara jahat yang kadang-kadang dibuat, itulah yang akan diperkatakan ramai.
Benar, bukan BD yang dikatakan dalam kenyataan ini. Tapi, tak salahkan kalau kita belajar daripada kesilapan orang lain? Takkan nak tunggu kesilapan sendiri baru nak insaf?
Maka, ambil iktibar dan pengajaran daripada ini semua.
Manusia sekarang, mempunyai berbagai medium untuk berkongsi cerita. Apatah lagi adik-adik MMP, yang ramai di laman sosial. Boleh saja mereka berkongsi cerita, bertukar rasa. Jangan sampai wujud penubuhan golongan berhaluan kiri yang kecewa dengan para pimpinan pelajar MMP, sudahlah ye. :)

Untuk makluman, setakat entri ini dibuat, lebih 20 orang 'like' kenyataan ini.
Nahhh! Jadi tanggungjawab kita pula untuk sucikan nama pimpinan ni. Buktikan, bahawa tak semua pimpinan, yang memakain stongan itu.. buruk, jelik! Ada juga yang baik! Dan itu, antunna semua! Insya Allah. 
Setakat ni, alhamdulillah. Kak Yam tak jumpa lagi yang mengutuk dhabithah MMP secara direct. Kalau ada pun, cerita lama. Tak ada cerita hangat di tahun baru ni. Mungkin mereka masih berpuas hati dengan BD MMP. Maka, para dhabithah 2011, kekalkan prestasi baik ini, dan tingkatkanlah!
Ma'at taufiq wannajah.

Wallahu'alam.Wassalam.
p/s : Utk pemilik kenyataan di atas, maaf ye Kak Yam cilok. Untuk pengajaran semua. Kak Yam kenal 'awak'  dan Kak Yam faham apa yang 'awak' masksudkan. No worries :). Btw, tengs dear! Jazakillah~

Sanah helwah, Ustazah Noor Zila ! :)

Assalamualaikum wbt.

24 Januari 2011.


Sanah helwah diucapkan buat Ustazah Noor Zila Yahya, Setiausaha Badan Disiplin MMP merangkap Ketua Guru Disiplin MMP.

Semoga ustazah sentiasa berada dalam lindungan rahmatNYA serta sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta.

Juga,
semoga segala jasa baik ustazah kepada para anak-anak pelajar beliau dibalas dengan ganjaran terbaik daripada Allah SWT.
Insya Allah.

Majulah Ustazah Noor Zila untuk BD MMP!
Oo yeah!
Insya Allah. 
:)

Wallahu'alam.
Wassalam.

Wednesday, November 17, 2010

Perutusan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

:)

Maaflah.
Bukannya ada perutusan daripada sesiapa pun.
Cuma saya menamakan entry ini sbg perutusan kerana terlalu banyak yang hendak dibicarakan dalam satu entry yang sama.

PERTAMA.
Mungkin agak terlambat, tapi better late than never kan?

Jadi akhowat..
Selamat Menyambut Eidul 'Adha.
Korbankan selagi mana anda mampu.
>.<

KEDUA 

Selamat bercuti kepada akhowat yang pulang ke kampung halaman masing2.
Maklumlah, sesi persekolahan 2010 telah tamat.
Kan?
:)

KETIGA

Selamat berjaya kepada dhabithah tingkatan 5 yang akan menghadapi SPM minggu depan.

Diulangi, minggu depan ya. Bukan tahun depan. :D

Kita sudah mencuba dan berusaha, dan masanya untuk bertawakal padaNYA kian tiba. All the best!

KEEMPAT

Kepada dhabithah tahun ini, yang masih lagi akan menjadi dhabithah tahun depan,  sila bersiap-siaga dengan benteng diri yang kukuh. :)

KELIMA

Kepada dhabithah yang mungkin akan meninggalkan bumi MMP, jaga amanah yang ada pada anda. Teruskan amar makruf nahi mungkar. Jaga diri, hati dan nama baik sekolah. (",)

KEENAM

INI YANG PALING AKHIR DAN PALING PENTING.

~Salam sayang dan kemaafan serta penghargaan dari kami, warga BD 2010.~

Sekian, wallahu'alam.
Wassalam.

Jazakumullah khairal jaza'.

Sunday, September 26, 2010

Sanah Helwah KP sayang!

Assalamualaikum wbt.

26 September 2010.

Sehari selepas tarikh 'keramat' para dhabithah, 25 September 2010 ni.. siapa yang tahu hari ni ulangtahun siapa?

:)

Ya!
KP kita!
Nur Izzati Ab Kader,
atau nama komersialnya,

Kak Aty.

:)

Sanah Helwah KP kami sayang!
Jazakillah khairal jaza'.

Semoga berjaya dunia akhirat.
Amin.

Kak Yam yakin,
masih ramai dalam kalangan adik-adik yang TERtrauma dengan Kak Aty, yang baru menyingkap 'sesuatu' dalam dirinya yang selama ini tersembunyi, dalam perjumpaan tertutup dhabithah kelmarin.
>.<

:)

Wallahu'alam.
Wassalam~

MADC dan SA 2010/1431H

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Kepada para dhabithah yang sudi menghadirkan diri pada Majlis Anugerah Dhabithah Cemerlang (MADC) dan Sambutan Aidilfitri (SA) yang berlangsung Khamis dan Jumaat lalu, 23 dan 24 September 2010, jutaan tahniah dan terima kasih diucapkan!

Jazakumullahu khairal jaza'!

Seronok amat!
Bagi Kak Yam, meskipun sambutan MADC tahun ini agak berlainan kerana dhabithah kena bermalam di sekolah, namun pada ruangan sebeginilah dhabithah dapat meluangkan lebih banyak masa bersama-sama.

Ohhh!

Kak Yam sudah mulai kenal 'true colour' adik-adik sebenar.

Meskipun begitu, Kak Yam mewakili pimpinan ingin meluahkan rasa terkilan, atas ketidakhadiran adik-beradik kita yang lain atas berbagai masyaqqah.

Sayang... kami buat program untuk memperbaiki jemaah kita, tapi bagaikan jigsaw puzzle, tak ada sekeping pun, takkan lengkap, kan?

Nanti kita datang program sama-sama yang lain ya!
:)

sempat bergamba dengan adik-adik form 2. auw! terasa muda. :) *tapi ada jugak golongan 'warga emas' meNYEPAkan diri* 
:D

wah! terasa muda! :)

Konklusinya,
meskipun sekejap,
meskipun tidak ramai, 
namun tetap fun!
:)

Rugi tak datang..
ngeh3..

:)


Semoga ukhuwah yang terjalin takkan hilang ditiup angin....

Jazakumullahu khairal jaza'.

Wallahu'alam.
Wassalam.