Assalamualaikum wbt.
Wah! Memang benar-benar qudwah hasanah! :)
Alhamdulillah, cuaca yg elok pagi tadi mengizinkan thobur sempena majlis penutupan usrah dijalankan dengan lancar dan berlanjutan agak lama, yakni hingga jam 10.45 pagi. Wah! :)
Ceramah dan persembahan yang dipersembahkan semasa thobur sangat menarik. Mantop! :)
Point pentingnya ialah, kami warga BD mengucapkan tahniah dan mabruk 'alaiki kepada KP MMP 2010 terchenta, Ukhti Nur Izzati Abd Kader kerana telah terpilih sebagai naqibat terbaik untuk tingkatan empat. Bersama2 Kak Aty kita ni, seorang lagi ukht kita yg terpilih sebagai naqibat terbaik usrah tingkatan empat ialah Ukhti Sofiah Az-Zahrah Norizam yang mesra disapa Kak Az. Tahniah!
Selain itu, tahniah juga kepada cik TE Rondaan dan Kawalan, Wan Nurhana Wan Hassan kerana usrah tingkatan satu kendalian beliau terpilih sebagai usrah tingkatan 1 terbaik. Usrah bagus, mestilah naqibatnya baik, kan? :)
Tak lupa juga kepada akhowat lain, Nur Aliah Amirah, Nor Irnahanis Sofia (sekadar menyebut beberapa nama) yang terpilih sebagai naqibat usrah tingkatan terbaik selain menjadi naqibat yang memimpin usrah terbaik. Mabruk 'alaikum!
Semoga kejayaan para akhowat kita dapat diteruskan pada masa hadapan. Insya Allah.
Besar harapan kami warga BD andai warga MMP sudi menjadikan KP terchenta sebagai qudwah hasanah kita. Ya, kita semua manusia biasa, ada lebih ada kurangnya. Untuk jadi yang terbaik, ambillah yang baik. Yang buruk, jadikan sempadan. Insya Allah.
Sebelum berakhirnya entri kali ini, senyuman nakal *:D* dihadiahkan kepada Exco Bina Insan, Nur Syamimi Amaleena Mohd Zaki atas kejayaan beliau mengendalikan thobur pagi tadi dengan baik, meskipun buat pertama kali. Mimi, lain kali tak payah nak lari dah time thobur. Exco TTK, Kak Liyana Fairuz pasti cari Mimi, sebab Mimi terror. Lagipun, dah tak berdebar, kan? :)
Akhir kalam, terima kasih diucapkan kepada para dhabithah yang setia menjalankan tugas hari ini, meskipun terpaksa mengurangkan perhatian terhadap thobur. Kepada para 'penunggu' pagar, terima kasih. :) Kepada para 'pembuat' pagar, syukran. ;)
Jazakumullahu khairal jaza'. Wallahu'alam, wassalam.
*jutaan maaf disua kepada antum para pembaca andai ada tulisan ana menggoreskan hati mana2 pihak. Asif jiddan. Tegurlah ana, beritahu di mana salah dan silap, buruk dan kurang. Justeru, sila ke bhgn komen. tq!*