Sunday, January 23, 2011

Bukan untuk kita, tapi ambillah sebagai peringatan (",)

Assalamualaikum wbt.

Dunia dah maju.
Di hujung jari pun kita dah boleh dapat macam-macam maklumat dan info.
Apatah lagi dengan wujudnya berbagai laman sosial.
Tak kurang juga yang melampiaskan rasa di alam maya.
Contohnya macam sahabat kita ni .. 
 ~ wak luu , HIPOKRIT nak matii -,- pakai stongan , exco asrama lar , in fact ; ada BF . euww . baek tiru macam aku , tak perlu lahh hipokrit . lipat tudung serabaii je , tak payah pakai stongan , and so on lahh . aku jugakk tak penah kapel . HoH :O ~
Jelas sekali beliau tidak berpuas hati dengan seseorang yang layak dihormati, dengan gelaran hipokrit yang diberikan, semata-mata kerana exco ASRAMA itu bersarung lengan, tetapi mempunyai teman lelaki dan bercouple.
Ditegaskan, Kak Yam bukan mahu menangguk di air keruh. Cuma Kak Yam mahu ahli jemaah kita tidak terlibat dalam gejala seperti ini. Uniform antunna berbeza dengan yang lain, maka segala tindak-tanduk antunna menjadi perhatian. Orang jarang puji benda baik yang kita buat, sebab mereka rasa memang kita patut buat baik. Tapi bila perkara jahat yang kadang-kadang dibuat, itulah yang akan diperkatakan ramai.
Benar, bukan BD yang dikatakan dalam kenyataan ini. Tapi, tak salahkan kalau kita belajar daripada kesilapan orang lain? Takkan nak tunggu kesilapan sendiri baru nak insaf?
Maka, ambil iktibar dan pengajaran daripada ini semua.
Manusia sekarang, mempunyai berbagai medium untuk berkongsi cerita. Apatah lagi adik-adik MMP, yang ramai di laman sosial. Boleh saja mereka berkongsi cerita, bertukar rasa. Jangan sampai wujud penubuhan golongan berhaluan kiri yang kecewa dengan para pimpinan pelajar MMP, sudahlah ye. :)

Untuk makluman, setakat entri ini dibuat, lebih 20 orang 'like' kenyataan ini.
Nahhh! Jadi tanggungjawab kita pula untuk sucikan nama pimpinan ni. Buktikan, bahawa tak semua pimpinan, yang memakain stongan itu.. buruk, jelik! Ada juga yang baik! Dan itu, antunna semua! Insya Allah. 
Setakat ni, alhamdulillah. Kak Yam tak jumpa lagi yang mengutuk dhabithah MMP secara direct. Kalau ada pun, cerita lama. Tak ada cerita hangat di tahun baru ni. Mungkin mereka masih berpuas hati dengan BD MMP. Maka, para dhabithah 2011, kekalkan prestasi baik ini, dan tingkatkanlah!
Ma'at taufiq wannajah.

Wallahu'alam.Wassalam.
p/s : Utk pemilik kenyataan di atas, maaf ye Kak Yam cilok. Untuk pengajaran semua. Kak Yam kenal 'awak'  dan Kak Yam faham apa yang 'awak' masksudkan. No worries :). Btw, tengs dear! Jazakillah~

Sanah helwah, Ustazah Noor Zila ! :)

Assalamualaikum wbt.

24 Januari 2011.


Sanah helwah diucapkan buat Ustazah Noor Zila Yahya, Setiausaha Badan Disiplin MMP merangkap Ketua Guru Disiplin MMP.

Semoga ustazah sentiasa berada dalam lindungan rahmatNYA serta sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta.

Juga,
semoga segala jasa baik ustazah kepada para anak-anak pelajar beliau dibalas dengan ganjaran terbaik daripada Allah SWT.
Insya Allah.

Majulah Ustazah Noor Zila untuk BD MMP!
Oo yeah!
Insya Allah. 
:)

Wallahu'alam.
Wassalam.