Wednesday, June 23, 2010

Kisah seorang kakak..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt.

Kak Yam harap Kak Aty, KP kita tak melenting dengan post ni. Sekadar luahan Kak Yam, yang turut 'kehujanan' bersama Kak Aty tadi..

Alhamdulillah, satu perjumpaan dhabithat MMP selamat diadakan di dewan bersejarah, Dewan Fatimah Azzahra jam 1.30 petang tadi. Majlis bermula kira-kira jam 1.45 petang dengan dipengerusikan oleh Exco BIK, Syamimi Amaleena.

Kak Farhana Anisah membuka tirai ucapan dengan tazkirah sebelum Kak Yam sambung dengan tugasan pagar semasa hari guru dan disambung oleh Kak Sufyah tentang tugasan ronda.

Kemudian, tiba masa untuk KP berbicara..

Ohh!
Sungguh menusuk kalbu..

Kak Aty secara umunya menegur adik2 tentang akhlak mereka yang semakin lama semakin nampak pincangnya.. Tentang jemaah yang semakin lama semakin tempang langkahnya.. Bicaranya seorang Izzati seolah menampal segala yang pincang, membantu semua yang tempang.

Dengan mutiara azimatnya, hati Kak Yam tersentuh. Bagaikan terasa beban yang tergalas di pundaknya. Beliau pemimpin Maahadians tahun ini. Segala dosa pahala Maahadians terletak di bahunya. Di bawah tanggungannya!

Dua tiga kali kalam Kak Aty terhenti, tatkala ada sendu menyapa, ada tangis yang ingin menjelma.. Di saat dia kehujanan, sungguh. Kak Yam rasa useless sangat, sebab tak dapat bantu dia, hinggakan dia menangis! Dan tidak dapat tidak, Kak Yam pun turut kehujanan, kerana bagaikan tayangan, satu persatu tindakan dan akhlak jemaah BD mutakhir ini bermain di minda.

Adik2, sahabat seperjuangan dan kak2..

Pendek kata,

Akhowat,
tak kesian ke dengan Aty? Bantulah dia, meski hanya kecil, meski hanya sedikit, namun ana yakin, bantuan antum pasti sangat menggembirakan Aty.

Ayuh!
Bergerak dalam sebuah jemaah yang teguh, demi memastikan Maahad terus kukuh!

Buat Nur Izzati Abdul Kader,
ya, anti benar.

Tangisan bukan bermakna kita lemah tak berdaya langsung, tapi tangisan menggambarkan kita hambaNYA yang tak sempurna, yang masih perlukan bantuanNYA, walau setinggi mana pun darjat dan pangkat kita.

Aty sayang..
Allah tak melihat hasilnya, tapi Allah melihat usaha kita.

Insya Allah, DIA bersama kita.
:)

Maahadians,
kita sama2 tolong Aty dan tolong diri sendiri.. Jom!

Jazakumullahu khairal jaza

Wallahu'alam.
Wassalam.

1 comment:

Dr. Nur Farah Aisyah said...

Dear Aty n adik2 seperjuangan yg K.Frh syngi..
Meskipn mngkn kalian tdk mngetahui, kami kakak2mu sntiasa mmbahumu dr blkng, tdk putus2 mndoakan agr dlmphkn kekuatn dn ksbrn kpd kalian dlm menggalas amanah yg ckp berat.

Sabar la dik ye,
apa yg kalian rasa,jga adlh apa yg kmi prnh lalui.
Brdpn dgn mnusia,adlh proses untk mmatangkn dn mmbntuk dri kta jga sbnrnya :)

Bila bekerja, jgn mudah terasa dgn manusia, krna kita bkrja, bkn untk manusia, ttpi buat Tuhan manusia

Teruskn mlngkh,saf kepimpinan BD MMP.
You all got my fully trust n support
InsyaAllah kheir kullu isyi'

'If Allah is with you, then whom do you have to fear? If Allah is against you, then what hope do you have?'

Hasbunallahu wa ni3mal wakil, ni3mal maulahu wa nikman naseer :)