Sunday, September 26, 2010

Sanah Helwah KP sayang!

Assalamualaikum wbt.

26 September 2010.

Sehari selepas tarikh 'keramat' para dhabithah, 25 September 2010 ni.. siapa yang tahu hari ni ulangtahun siapa?

:)

Ya!
KP kita!
Nur Izzati Ab Kader,
atau nama komersialnya,

Kak Aty.

:)

Sanah Helwah KP kami sayang!
Jazakillah khairal jaza'.

Semoga berjaya dunia akhirat.
Amin.

Kak Yam yakin,
masih ramai dalam kalangan adik-adik yang TERtrauma dengan Kak Aty, yang baru menyingkap 'sesuatu' dalam dirinya yang selama ini tersembunyi, dalam perjumpaan tertutup dhabithah kelmarin.
>.<

:)

Wallahu'alam.
Wassalam~

MADC dan SA 2010/1431H

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Kepada para dhabithah yang sudi menghadirkan diri pada Majlis Anugerah Dhabithah Cemerlang (MADC) dan Sambutan Aidilfitri (SA) yang berlangsung Khamis dan Jumaat lalu, 23 dan 24 September 2010, jutaan tahniah dan terima kasih diucapkan!

Jazakumullahu khairal jaza'!

Seronok amat!
Bagi Kak Yam, meskipun sambutan MADC tahun ini agak berlainan kerana dhabithah kena bermalam di sekolah, namun pada ruangan sebeginilah dhabithah dapat meluangkan lebih banyak masa bersama-sama.

Ohhh!

Kak Yam sudah mulai kenal 'true colour' adik-adik sebenar.

Meskipun begitu, Kak Yam mewakili pimpinan ingin meluahkan rasa terkilan, atas ketidakhadiran adik-beradik kita yang lain atas berbagai masyaqqah.

Sayang... kami buat program untuk memperbaiki jemaah kita, tapi bagaikan jigsaw puzzle, tak ada sekeping pun, takkan lengkap, kan?

Nanti kita datang program sama-sama yang lain ya!
:)

sempat bergamba dengan adik-adik form 2. auw! terasa muda. :) *tapi ada jugak golongan 'warga emas' meNYEPAkan diri* 
:D

wah! terasa muda! :)

Konklusinya,
meskipun sekejap,
meskipun tidak ramai, 
namun tetap fun!
:)

Rugi tak datang..
ngeh3..

:)


Semoga ukhuwah yang terjalin takkan hilang ditiup angin....

Jazakumullahu khairal jaza'.

Wallahu'alam.
Wassalam.

Wednesday, September 22, 2010

Jumpa esok yea!

Assalamualaikum wbt.

Ke hadapan akhowat jemaah dhabithah MMP 2010,


jumpa esok yea!


maksud esok di sini bukan jumpa hari2 macam biasa di sekolah, tapi jumpa di program malam esok yea!

:)

Jom ramai2 pakat menghadirkan diri lillahi taala, insya Allah majlis kita diberkatiNYA. Amin. :)

Jangan lupa segala pesanan Salihah! :)

Wallahu'alam. Wassalam.

Wednesday, September 8, 2010

Eid Mubarak!

Assalamualaikum.

Picture speaks thousand words, kan?
So, two pictures should speak miliions of word. :)


Kak Yam sedar, warga BD sangat-sangat 'disayangi' pelajar MMP, secara balaghahnya. Kepada yang ikhlas menyenangi kehadiran kami, terima kasih. Kepada yang langsung alergik dengan kami, kami minta maaf. Kami cuma insan-insan yang dipilihNYA untuk menjalankan amanah di bumi MMP. Anda tidak merasai apa yang kami rasa, hinggalah anda menjadi seperti kami.


Segala salah silap yang sememangnya berpunca dari pihak kami, Kak Yam mewakili pihak Dicipline Board (student) memohon maaf. 

Namun, segala perselisihan faham yang terjadi antara dhabithah dan pelajar kerana kesalahan pelajar, tak dapet den nak nolong aih! 

:)

Kak Yam juga secara peribadinya mewakili Majlis Tertinggi BD memohon maaf kepada adik-adik dhabithah dan rakan-rakan seperjuangan serta kakak-kakak, andai kekurangan jemaah kita tahun ini berpunca daripada kami. Usah membuang masa dengan saling menyalahkan sesama sendiri, sebaliknya marilah kita sama-sama berganding bahu membetulkan kesilapan masa lalu. Kak Yam doakan jemaah tahun hadapan lebih hebat daripada kami, insya Allah demi menjaga nama baik MMP dan pelajarnya yang semakin hebat akhlaknya, nauzubillah!

Kita sama-sama manusia. Kita sama-sama buat salah dan silap. Sebab kita sama-sama tak sempurna. Jadi, marilah kita, sama-sama juga, memohon maaf dan memaafkan sesama kita. :)

Jazakumullahu khairal jaza'.

Wallahu'alam.
Wassalam.

Thursday, September 2, 2010

Manusia takut... Allah?

Assalamualaikum wbt.

Hottest Dicipline Board stroy! 
:)

Alkisah..
Ai ni kak yam xgi tusiyen.
Kukorbankan Dinamis demi Tok Guru.
Xsempat gi ceramah Tok Guru pun bulan puasa ni.
Wah!
Jumpa akhowat Maahad..
Anis Fathina, Wan Aina Mardhiyyah, Kak Denin, Kak Syerah dll.
Alhamdulillah.

Dan, perjumpaan yang tak disangka!
Dengan seorang ukht..
Maahadian jugop.
Form 5.
She's pretty.
And, she was caught red handed by me..
Dating at the entrance door of Parkson!
*angin speaking datang dahhhhh.. don't try this at home! Sangat banyak grammatical error ya!*

Wah!
Ok..
Cerita secara propernya..
Macam ni.

Selesai kuliah Tok Guru, Kak Yam jalan-jalan sekitar tu sekejap. Kemudian, menuju ke KBTC dengan niat nak ke Giant, beli barang. Kak Yam masuk ikut pintu depan PSI. Gotcha!

She was standing there, besides a boy.
Kak Yam nampak dia dulu. Then, kak yam tunduk. Buat biasa. Cuba kenalpasti, betul ke dia..
Then, kak yam tengok mereka balik, and she saw me.

And the drama began..

In a split of seconds, she rushed into Parkson and try to hide from me. Haha. Funny!
Boy dia pulak, buat muka innocent-macam-budak-belum-mumaiyyiz! :D

Kak Yam buat-buat baca mesej kat fon dan pedulikan dia yang tengah terburu-buru lari.

Bukan niat tak nak tegur, tapi kalau tegur (kalau sempat kejarla..), dah tahu apa alasannya. Sedara la, sepupu la, abang la, jiran la.. MACAM-MACAM!

Abang kandung dia? Hello, dia cuma ada seorang abang, and i dun think boy yang mukanya  innocent-macam-budak-belum-mumaiyyiz tu abang dia. Lagipun.. kalau abang, takkan nak main hide and seek dengan Kak Yam dalam Parkson? hoho~

Orang macam ni, kena cakap dekat sekolah. Baru aura terasa. Plus, malas doe nak main kejar-kejar dengan dia. Useless! Lagipun, kat sekolah tu, kalau bukan dengan Kak Yam, mungkin boleh terus minta tolong ustazah pinangkan boy tu untuk dia. Mana lah tahu, kan?

Moral of the story :

Kak Yam sangat pelik!
Kenapa nampak Kak Yam baru sibuk nak lari?
Kenapa nampak kalut sangat?
Hey!
I just can watch u, without punishing u.

But HE.
The Almighty.
He can do anything to u.
Tak malu ke,
cakap kat mak ayah nak gi tuisyen,
alik2 duk berdating TEPI TANGGA PARKSON,
bulan-bulan puasa?

Orang lain dok dengar kuliah Tok Guru, korang dok dating?
Hello, xde tempat yang lebih romantik ke?

Allahuakbar!
Ni lah bila geram menguasai diri.
Astaghfirullah..

Bukan bertujuan nak mengaibkan dia.
Tak sama sekali.
Kalau nak aibkan dia,
kak yam dah sebut sapa dia, nama dia, kelas mana, orang mana..
Tapi, kak yam cuma nak kisah dia ni dijadikan iktibar buat yang lain.

Adik-adik,
KB ni sangat kecil.
Bukan korang je yang tuisyen kat KB, 
bukan korang je yang boleh melepak di KB,
orang lain pun boleh.
Tapi yang paling penting.
Allah is everywhere.

Kenapa nak takutkan manusia yang tak boleh berbuat apa-apa, sedangkan Allah yang bukan saja Maha Melihat, Maha Mendengar malah Mengetahui tak ditakuti?

Pelik sungguh!

Astaghfirullah.

Ya Allah.
Jangan putuskan bekalan hidayah dan kasih sayangMU buat kami.

Ighfirlana Ya Allah..

Jazakumullahu khairan jaza'.

Wallahu'alam.
Wassalam.

Wednesday, September 1, 2010

Untuk akhowat tingkatan 5. :)

Assalamualaikum wbt.

KHAS KEPADA AKHOWAT TINGKATAN LIMA! 
:)

Adalah dimaklumkan esok merupakan hari wajib ke sekolah terchenta! Ini kerana terdapat tiga program besar yang penting menanti antunna semua.

  1. Thobur.  (seperti biasa. Nak bermaafan dan mengagihkan duit raya. :] Kalau macam tahun lepas, dhabithah dapat biskut raya sumbangan Celcom Xpax, kan? >,< )
  2. Aktiviti mengisi borang matrik (PENTING SANGAT!)
  3. Motivasi bersama mantan pelajar MMP seperti Kak Siti Fatimah Mukhtar (Insya Allah mantop!)

Justeru, rasanya sangat rugi kalau antunna tak dapat menghadirkan diri. Jadi, mohon kerjasama, jom ke sekolah esok! 

:)

Jazakumullahu khairal jaza'

Wallahu'alam.
Wassalam.