Wednesday, September 8, 2010

Eid Mubarak!

Assalamualaikum.

Picture speaks thousand words, kan?
So, two pictures should speak miliions of word. :)


Kak Yam sedar, warga BD sangat-sangat 'disayangi' pelajar MMP, secara balaghahnya. Kepada yang ikhlas menyenangi kehadiran kami, terima kasih. Kepada yang langsung alergik dengan kami, kami minta maaf. Kami cuma insan-insan yang dipilihNYA untuk menjalankan amanah di bumi MMP. Anda tidak merasai apa yang kami rasa, hinggalah anda menjadi seperti kami.


Segala salah silap yang sememangnya berpunca dari pihak kami, Kak Yam mewakili pihak Dicipline Board (student) memohon maaf. 

Namun, segala perselisihan faham yang terjadi antara dhabithah dan pelajar kerana kesalahan pelajar, tak dapet den nak nolong aih! 

:)

Kak Yam juga secara peribadinya mewakili Majlis Tertinggi BD memohon maaf kepada adik-adik dhabithah dan rakan-rakan seperjuangan serta kakak-kakak, andai kekurangan jemaah kita tahun ini berpunca daripada kami. Usah membuang masa dengan saling menyalahkan sesama sendiri, sebaliknya marilah kita sama-sama berganding bahu membetulkan kesilapan masa lalu. Kak Yam doakan jemaah tahun hadapan lebih hebat daripada kami, insya Allah demi menjaga nama baik MMP dan pelajarnya yang semakin hebat akhlaknya, nauzubillah!

Kita sama-sama manusia. Kita sama-sama buat salah dan silap. Sebab kita sama-sama tak sempurna. Jadi, marilah kita, sama-sama juga, memohon maaf dan memaafkan sesama kita. :)

Jazakumullahu khairal jaza'.

Wallahu'alam.
Wassalam.

No comments: