Assalamualaikum wbt.
Wah! Memang benar-benar qudwah hasanah! :)
Alhamdulillah, cuaca yg elok pagi tadi mengizinkan thobur sempena majlis penutupan usrah dijalankan dengan lancar dan berlanjutan agak lama, yakni hingga jam 10.45 pagi. Wah! :)
Ceramah dan persembahan yang dipersembahkan semasa thobur sangat menarik. Mantop! :)
Point pentingnya ialah, kami warga BD mengucapkan tahniah dan mabruk 'alaiki kepada KP MMP 2010 terchenta, Ukhti Nur Izzati Abd Kader kerana telah terpilih sebagai naqibat terbaik untuk tingkatan empat. Bersama2 Kak Aty kita ni, seorang lagi ukht kita yg terpilih sebagai naqibat terbaik usrah tingkatan empat ialah Ukhti Sofiah Az-Zahrah Norizam yang mesra disapa Kak Az. Tahniah!
Selain itu, tahniah juga kepada cik TE Rondaan dan Kawalan, Wan Nurhana Wan Hassan kerana usrah tingkatan satu kendalian beliau terpilih sebagai usrah tingkatan 1 terbaik. Usrah bagus, mestilah naqibatnya baik, kan? :)
Tak lupa juga kepada akhowat lain, Nur Aliah Amirah, Nor Irnahanis Sofia (sekadar menyebut beberapa nama) yang terpilih sebagai naqibat usrah tingkatan terbaik selain menjadi naqibat yang memimpin usrah terbaik. Mabruk 'alaikum!
Semoga kejayaan para akhowat kita dapat diteruskan pada masa hadapan. Insya Allah.
Besar harapan kami warga BD andai warga MMP sudi menjadikan KP terchenta sebagai qudwah hasanah kita. Ya, kita semua manusia biasa, ada lebih ada kurangnya. Untuk jadi yang terbaik, ambillah yang baik. Yang buruk, jadikan sempadan. Insya Allah.
Sebelum berakhirnya entri kali ini, senyuman nakal *:D* dihadiahkan kepada Exco Bina Insan, Nur Syamimi Amaleena Mohd Zaki atas kejayaan beliau mengendalikan thobur pagi tadi dengan baik, meskipun buat pertama kali. Mimi, lain kali tak payah nak lari dah time thobur. Exco TTK, Kak Liyana Fairuz pasti cari Mimi, sebab Mimi terror. Lagipun, dah tak berdebar, kan? :)
Akhir kalam, terima kasih diucapkan kepada para dhabithah yang setia menjalankan tugas hari ini, meskipun terpaksa mengurangkan perhatian terhadap thobur. Kepada para 'penunggu' pagar, terima kasih. :) Kepada para 'pembuat' pagar, syukran. ;)
Jazakumullahu khairal jaza'. Wallahu'alam, wassalam.
*jutaan maaf disua kepada antum para pembaca andai ada tulisan ana menggoreskan hati mana2 pihak. Asif jiddan. Tegurlah ana, beritahu di mana salah dan silap, buruk dan kurang. Justeru, sila ke bhgn komen. tq!*
Monday, July 26, 2010
Wednesday, June 23, 2010
Kisah seorang kakak..
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
Kak Yam harap Kak Aty, KP kita tak melenting dengan post ni. Sekadar luahan Kak Yam, yang turut 'kehujanan' bersama Kak Aty tadi..
Alhamdulillah, satu perjumpaan dhabithat MMP selamat diadakan di dewan bersejarah, Dewan Fatimah Azzahra jam 1.30 petang tadi. Majlis bermula kira-kira jam 1.45 petang dengan dipengerusikan oleh Exco BIK, Syamimi Amaleena.
Kak Farhana Anisah membuka tirai ucapan dengan tazkirah sebelum Kak Yam sambung dengan tugasan pagar semasa hari guru dan disambung oleh Kak Sufyah tentang tugasan ronda.
Kemudian, tiba masa untuk KP berbicara..
Ohh!
Sungguh menusuk kalbu..
Kak Aty secara umunya menegur adik2 tentang akhlak mereka yang semakin lama semakin nampak pincangnya.. Tentang jemaah yang semakin lama semakin tempang langkahnya.. Bicaranya seorang Izzati seolah menampal segala yang pincang, membantu semua yang tempang.
Dengan mutiara azimatnya, hati Kak Yam tersentuh. Bagaikan terasa beban yang tergalas di pundaknya. Beliau pemimpin Maahadians tahun ini. Segala dosa pahala Maahadians terletak di bahunya. Di bawah tanggungannya!
Dua tiga kali kalam Kak Aty terhenti, tatkala ada sendu menyapa, ada tangis yang ingin menjelma.. Di saat dia kehujanan, sungguh. Kak Yam rasa useless sangat, sebab tak dapat bantu dia, hinggakan dia menangis! Dan tidak dapat tidak, Kak Yam pun turut kehujanan, kerana bagaikan tayangan, satu persatu tindakan dan akhlak jemaah BD mutakhir ini bermain di minda.
Adik2, sahabat seperjuangan dan kak2..
Pendek kata,
Akhowat,
tak kesian ke dengan Aty? Bantulah dia, meski hanya kecil, meski hanya sedikit, namun ana yakin, bantuan antum pasti sangat menggembirakan Aty.
Ayuh!
Bergerak dalam sebuah jemaah yang teguh, demi memastikan Maahad terus kukuh!
Buat Nur Izzati Abdul Kader,
ya, anti benar.
Tangisan bukan bermakna kita lemah tak berdaya langsung, tapi tangisan menggambarkan kita hambaNYA yang tak sempurna, yang masih perlukan bantuanNYA, walau setinggi mana pun darjat dan pangkat kita.
Aty sayang..
Allah tak melihat hasilnya, tapi Allah melihat usaha kita.
Insya Allah, DIA bersama kita.
:)
Maahadians,
kita sama2 tolong Aty dan tolong diri sendiri.. Jom!
Jazakumullahu khairal jaza
Wallahu'alam.
Wassalam.
Happy Teacher's Day!
Assalamualaikum wbt.
Better late than never, kan?
Jadi, kepada semua guru-guru, ustaz-ustazah, sirs teachers di Maahad Muhammadi Perempuan,
Selamat Hari Guru!
:)
Semoga enjoy dengan games dan sambutan esok yer! :)
Maahadians, jom ramai2 pakat beli hadiah hari guru!
Jazakumullahu khairal jaza'.
Wallahu'alam.
Wassalam.
Sunday, June 20, 2010
Jadual Baru! :)
Assalamualaikum wbt.
Insya Allah, bermula esok, warga Maahad akan menggunakan jadual baru.
Result exam pun mesti ramai yang dah dapat, kan?
:)
Harapannya,
dengan adanya jadual baru ni..
Maka sama-samalah kita berusaha dengan semangat baru, untuk mendapatkan result baru yang lebih baik.
Insya Allah.
:)
Jazakumullahu khairal jaza'.
Wallahu'alam.
Wassalam.
Ikhlas,
Kak Yam dan Aja.
:)
Thursday, June 17, 2010
Penghujung Olide
Assalamualaikum wbt.
Maahadians,
Sekolah dah nak bukak...
Adik2 tingkatan 1,
Kalimah Arab dah hafal?
Adik2 tingkatan 2,
Sirah Nabawiyah dan madah PMRU lain dah ingat?
Adik2 tingkatan 3,
kerja kursus KHB dah siap?
Adik2 tingkatan 4,
Mutala'ah dan madah SMU lain dah habis?
Teman-teman tingkatan 5,
Sejarah dah khatam? :D
Kakak2 tingkatan 6,
Feqah dan madah STAM lain dah conquer?
:)
Banyak kan, takhlifat pelajar ni?
Sabar lah, nanti zaman sekolah menengah berlalu, kita akan merindukannya pula.. kan3?
:)
Jom!
Siapkan homework!
~kak yam pun tak siap lg admet doe!~
:D
Jazakumullahu khairal jaza'.
Wallahu'alam.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)