Monday, June 14, 2010

[Gambar] Watikah Pelantikan Jemaah Pimpinan Badan Disiplin MMP 2010

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, dengan izinNYA, dapat jugak Kak Yam kongsikan gambar-gambar watikah pelantikan jemaah pimpinan BD MMP 2010 di belog ini.

Ya, mungkin ada yang mengatakan gambar-gambar ni dah basi, sebab dah tersebar luas di FB para dhabithah. Tapi, anggaplah bahawa ini merupakan gambar-gambar tersebut diterbitkan di alam maya secara rasmi.

:)




Barisan berdiri di belakang tu merupakan exco-exco BD.

Bermula dari kanan...

Fadhila Aisya Che Omar ~ Exco Kelas dan Keceriaan (KK)


Liyana Fairuz Ahmad Hilmi ~ Exco Tugas-tugas Khas (TTK)

Siti Zubaidah Hassan ~ Exco Uniform dan Keceriaan (UNiK).

Siti Maryam Jamilah Md Kamal ~ Exco Kehadiran dan Ponteng (KP).

Nur Sufyah Mohamed ~ Exco Salah Laku (SL).

Nur Syamimi Amaleena Mohd Zaki ~ Exco Bina Insan dan Kerjaya (BIK).

Anis Fathina Mohd Sukri ~ Exco Rondaan, Kawalan dan Keselamatan (RKK).


Barisan tengah tu barisan eksekutif, 

bermula dari kanan..

Nor Salihah Hanafi ~ Setiausaha II

Nailah 'Ata Abdul Mun'eim ~ Setiausaha I

Nur Izzati Abdul Kader ~ Ketua Pelajar

Wan Alyani Wan Abdullah ~ Timbalan Ketua Pelajar

Sharifah Aimi Syed Mohamed ~ Bendahari I

Hayatun Shamilah Abdullah ~ Bendahari II


Sementara tu, bagi muka-muka comel yang duduk tu merupakan Timbalan Exco..

dari kanan..

Siti Hajar Syuhada Abdul Aziz ~ TE UNiK

Munirah Aznam ~ TE KK

Nur Fatin Adlin Sofiya Abdul Pator ~ TE KP

Nurul Anbar Abdullah ~ TE SL

Wan Nurhana Wan Hassan ~ TE RKK

Zunnurain Mohamed ~ TE TTK
...

Alhamdulillah, Kak Yam sudah perkenalkan para pemimpin BD tahun ini. Harap2 antunna sekalian boleh memberikan kerjasama padu kepada jemaah ini.

Kak Yam, wakil daripada pimpinan BD sangat mengharapkan dan mengalu-alukan cadangan, komentar dan aduan antunna untuk disampaikan terus kepada kami. 

Mungkin boleh terus berjumpa KP atau TKP, atau rujuk exco dan TE. Atau mungkin kepada dhabithah antunna percayai. 

Buat para dhabithah MMP, sebarang masalah, Kak Yam rasa Kak Aty sangat senang untuk mendengarnya dari adik-adik sendiri!

:)

Kami tak mampu mendekati seorang demi seorang puteri MMP yang mencecah 2000 lebih untuk bertanyakan masalah antunna. Tapi kami mampu untuk mendengar masalah antunna jika antunna sudi datang kepaada kami.

:)

Jom tengok gambar-gambar watikah lagi!

candid!

Tengok gambar ni, ramai yang beri komen! Majoritinya berkata, gambar ni nampak santai dan mereka tak sangka kami boleh beraksi sebegini rupa!

Hey, kami pun pandai posing, oke! :)

Oleh kerana watikah BD dilakukan serentak dengan badan-badan induk lain, maka tak dapatlah kami posing maut lama-lama. :D










Takde keje lain, kan? Peace aje keje nya! :)

Ni pulak, gambar masa mesyuarat agung sebelum watikah. :)


*credits to Wan Nurhana!*

Semua gambar dalam edited version di atas di ambil semasa mesyuarat agung! Wah, Kak Yam masih ingat betapa gementarnya Kak Yam masa ummi, Ustazah Noor Zila sebut nama Kak Yam sebagai Exco KP dan berjalan naik ke stage untuk duduk di meja KP.. Takhlifat, dik.. Takhlifat!

Justeru.. kepada adik-adik..
Tahun depan, muka-muka kami akhowat tingkatan 5 akan digantikan dengan wajah baru. Adik-adiklah yang akan memimpin haluan jemaah MMP tahun depan, adik-adiklah yang akan memacu martabat MMP ke tahap yang sepatutnya!

Jika kita semua bekerjasama, Kak Yam sangat yakin.. Insya Allah, kita akan boleh mengembalikan kegemilangan MMP dari segi syakhsiah, sekaligus dari segi pencapaian akademik! :)

Akhir sekali, upah untuk Kak Yam tulis belog ini.. :)


Dulu tak kenal pun siapa Wan Najiha Wan Mat Din ni.. kenal nama je, sebab Kak Yam kenal hampir semua puteri MMP yang bercita2 nak jadi pilot macam Kak Yam, jadi bila dah jumpa dan kenal rapat, mulalah buat aksi yang tak sepatutnya! :)

Gambar ni membuktikan kami dhabithah juga manusia biasa, yang tahu bergelak ketawa, yang mahu bergurau senda.

Sila jangan pandang kami macam alien, semata-mata kami berbaju hijau macam Shrek. :) Jangan paksa kami jadi Incredible Hulk. Kan hijau merupakan salah satu warna kegemaran Rasulullah SAW? Jadi, sukailah hijau, dan sukailah kami. :)

Okey! Setakat ini dahulu tangan Kak Yam berdansa di keyboard. Insya Allah, kalau diizinkan, Kak Yam post entri lagi. Terima kasih kepada yang sudi menyinggah, meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.

Jazakumullahu khairal jaza'.

Wallahu'alam.

Wassalam.

....

p/s : Maaflah kalau ada yang tak senang dengan tulisan Kak Yam di belog ini. Sila komen ya! :) Terima kasih.


No comments: