Wednesday, June 9, 2010

Mukaddimah.

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt.

Setinggi-tinggi penghargaan kami rafakkan buat yang Maha Esa, kerana dengan izinNYA dapat kami mewujudkan sebuah ruangan di alam maya, khas untuk sekalian puteri-puteri MMP untuk mengenali kami dengan lebih dekat lagi.

Insya Allah di sini, kami akan memaparkan aktiviti-aktivit terkini mengenai Badan Disiplin Maahad Muhammadi(P), Kota Bharu sedaya upaya kami yang termampu. Kami mengharapkan sokongan antunna semua agar kami sentiasa mendapat ruang untuk mengeratkan ukhuwah antara para dhabithah dan puteri-puteri MMP.

Semoga dengan kehadiran blog ini dapat menyediakan satu medium untuk kita semua puteri MMP bertemu, berkongsi apa yang tidak puas di hati, bercerita apa yang tidak enak di mata.

Kami bukanlah mahir dalam mengendalikan laman sesawang alam maya, sekadar mahu menvariasikan produk Badan Disiplin. Bimbingan dan komentar daripada antunna sangat kami harapkan.

Jazakumullahu khairal jaza'

Wallahu'alam.

Wassalamua'alikum wbt.

No comments: