Monday, August 30, 2010

Malaysia Oh Tanah Airku!

Assalamualaikum wbt.

30 Ogos 2010.

Whoa!
Kebanyakan Maahadians baru sahaja menamatkan peperiksaan pada hari ini. Bermula dengan tingkatan 2, 3, 4, dan 5. Adik-adik tingkatan 1 tak periksa... *jeles!*. Kakak2 tingkatan enam pula dah tamat minggu lepas lagi. *jeles jugak!*

Esok,
31 Ogos 2010.

Genap 53 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.
Kemerdekaan yang dimaksudkan di sini ialah kebebasan tanah air daripada pimpinan penjajah. 

Kemerdekaan yang tidak dimaksudkan di sini ialah kebebasan minda bangsa Malaysia berfikir, supaya tidak sentiasa membandingkan diri dengan bangsa asing, terutama Barat yang kian menyogok kita dengan idealogi yang karut-marut.

Bukan tak boleh tiru langsung, tapi berpada-pada dan berpadan-padanlah dengan agama, adat, budaya dan resam kita rakyat Malaysia. Tak semuanya buruk, tapi kena ingat juga, tak semuanya baik.

Secara pendeknya,
yang baik dijadikan teladan,
yang buruk dijadikan sempadan.

:)

Semoga Maahadians semakin bebas, sempena Malaysia yang merdeka semakin tua usianya.
Semoga Maahadians menajdi perintis kepada generasi remaja bebas anasir buruk Barat!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53.


p/s: Kak Yam rasa, ramai yang 'syahid' di atas katil esok! Meraikan kemerdekaan dari peperiksaan. Astaghfirullah!

Jazakumullahu khairal jaza'.

Wallahu'alam.
Wassalam.

No comments: