Monday, August 30, 2010

Tips Tidur Pagi. :)

Assalamualaikum wbt.

Esok cuti.
Okey, itu maklumat penting! 
Kak Yam jangkakan, mengikut jawapan kepada persoalan yang Kak Yam ajukan pada Maahadians secara rawak di sekolah sebelum balik tadi, ramai nampaknya yang plan nak merehatkan diri esok. Mungkin, lepas sahur dan solat subuh, terus syahid di medan katil! Kak Yam faham. 

Maklumlah, sebelum ni, lepas berbuka, hadap buku. Solat, baca Quran, ngadap buku balik. Sebelum tidur, ngadap buku. Siap stay up dan bangun awal utk buat revision. Lepas sahur, ngadap buku lagi. Lepas Subuh, ngadap buku lagi. Ohhh! 

Oleh itu, Kak Yam pun plan nak menSYAHIDkan diri jugak. :D

Tapi, kita semua tahu kan, tidur lepas Subuh tak elok? Macam lepas Asar jugak, tak elok!

Jadi..
untuk mengelokkannya..
Macam ni.

Kita semua nak tidur malam ni, suka hati pukul berapa, janji boleh bangun awal esok sebelum sahur boleh buat qiam dulu. Malam ke-21 dik ooi! Malam ganjil.. Mana tahu Lailatul Qadr ke.. kan? :)

Okey.
Selepas mendapat keputusan syura daripada Ukhti Nadia Amilin, Adilah Mat dan Asiah Rosedi, maka betullah, tepatlah dan benarlah malam ni malam yang ke-21. Esok hari puasa yang ke-21 sudah! Sahih! :)

*maaf. Kak Yam terAMNAESIA pulok pasal malam-malam nih.. huhu*

Okey. Kita teruskan.

Jadi, lepas qiam tu, pi lahh tolong umi kat dapur. :) Bajet anak solehah, insya Allah dapat duit raya lebih. :D 
Kak Yam pernah cuba, dan Alhamdulillah berkesan. :)

Em.
Seterusnya, solat subuh. Kalau boleh, sementelah kita solat Isyak berjemaah malam ni kan, sebab attach dengan terawih, jadi kenapa tidak kita solat subuh berjemaah.

Tak silap Kak Yam ada sebuah hadis mengatakan, jika kita solat Isyak berjemaah, ibarat telah beribadat sepertiga malam. Jika kita solat Isyak dan Subuh berjemaah, ibarat telah beribadat sepanjang malam.

Jadi, takkan tak nak pahala ibadat sepanjang malam, meski sebenarnya kita tengah tidur syok-syok? :) Jadi, solat subuh berjemaah ya!

Kemudian, afdhalnya, bacalah Al-Quran semuka dua.. Sambung dengan Ma'thurat...

Lepas tu, JANGAN TIDUR lagi!

Turun ke halaman rumah, ambik udara pagi, sapu-sapu halaman sikit, susun-susun selipar. Lepas tu, kat dalam rumah, kemas ruang tamu sikit..

Dalam pukul 8 pagi macam tu.. solat Dhuha. :)

Kemudian, tidurlah!

Nak bangun pukul 12 ke, Zuhur ke, suka hati! Tapi, semua dah mumayyiz kan? Dah tahu limit-limitnya, kan? :)

Lepas tu, petang esok, kalau bosan-bosan, tulislah kad raya. Hantar pada Kak Yam satu! :D

Ya adik-adik, kakak-kakak, sekian sahaja tips kita pada hari ini. :) Maaflah kalau ada tersilap informasi. Sila tegur ya!

Tips ni bukan boleh dipercayai sangat. Tapi mungkin boleh cuba untuk elak tidur lepas Subuh.

Sekian, terima kasih.

Jazakumullahu khairan kathira.
Wallahu'alam.
Wassalam.

2 comments:

aNisZaiNaL said...

comel laa post nie.
haha.;)

terima kasih untuk perkongsian Kak Yam;)
huhu.

Maryam Kamal said...

comel? haha

terima kasih kembali Kak Anis! :)